Salam sejahtera
Buat kawan2ku, teman2ku, khusus buat sohabat2 zaman....
Alam satu dan dua telah kite lalui...
Alam tiga menjadi medan penentu hari esok...
Alam ini hanya sehari semalam.....
Sungguh aku telah membuang masa tanpa ku duga...
Pesan bonda,"..biar tiap langkahmu bawa kepadaNYA..."
Aku cuba...
Mudahan jua..
------------------------------------------------------------
Sohabat zaman,
Hari itu kita kongsi cerita2 suka
Kita ketawa gembira
Senyum mu tambah ceria hidup
Alam terasa sungguh indah
Suka mu suka kita
Suka kita suka segala
Hadir satu dari perdu
Kita satu
Sohabat zaman,
Hari itu aku gundah
Aku simpan tanpa tahumu
Namun,kau sohabat zaman
Tetap sampai kerana itu hak mu sohabat zaman
Aku bimbang gundah ku merusak gembiramu
Sohabat zaman memeluk kesatuan hati
Gundah ku hilang tiba2
Aku gembira semula
Senyum mu mengubah cuaca hari dan malam
Kita satu
Sohabat zaman
Hari tu sunyi
Sungguh sepi hanya nyanyian pungguk ku dengari
Sohabat zaman duduk termenung
Aku bersugul disana merenung dari kejauhan
Sohabat zaman melihat langit maya
Aku dongak langit malam
Pekat malam di hiasi cahaya purnama dan bintang
Aku renung aku tunduk
Tetap purnama satu kita lihat
Walau jauh walau dekat
hari terik hari sejuk
menilik hari esok tanya hati
Aku kesamaran
Cahaya bulan dan suria bisa pandu mata
Namun jiwaku rindu cahaya dari azali
Sohabat zaman pejamkan mata
Dalam gelap malam kau hilang dari pandanganku
Setitik permata turun dari kelopak matamu
"Sohabat ku, ku mohon segala rahmat dari Yang Maha Agong buat dirimu"
Beberapa bait hanya terucap dari lidah ku
Kita satu
0 Comments:
Post a Comment
<< Home