6.10.2004

Suatu masa dahulu
Aku mencari-cari
Antara ribuan yang berlarian didepan ku
Antara beratus yang berdiri dibelakangku
Antara berpuluh yang merenung dari kejauhan
Pasti akan ada hanya satu yang duduk dalam jiwa ku

Hati ku kata pasti kerana yakin aku pada diriku
sungguh mataku amat dalam meneliti
sungguh keras akal ku menilik
sungguh cerewet timbal-balasku

Kerana mencari seorang wanita mulia
Punya harga diri seorang ibu dan isteri
Harga diri kurniaan Tuhan yang tinggi melangit
Hatiku persis milik Yang Maha Mengetahui
Lantas kata hati ku bahwa dia orang nya
Dengan Kehendak dan Kasih MU Yang Maha Agong
Aku redha atas segalanya
kerana aku milik MU
ke kanan ku maka ke kananku
ke kiri ku maka ke kiriku
ke bumi ku ke bumi ku
Tinggal ku bersama berkat Guru, Karomah ibu dan Hikmah Ayah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home